15 Julai 2008

Hari ini hari sibuk


Afrah sdg sibuk berkenalan dgn pelajar international selepas dapat Student Card.
14 Julai 2008: Selepas solat Subuh di Wandana Mosque, Gilles Plain singgah sebentar shopping groceries kat Coles (pasaraya besar mcm Carrefour) kat North East Rd. Tuna, bawang, ribena, susu segar ..banyak la plak membelinya tu. Balik umah memasak ala kadar untuk bekal kami berdua. Hari ni menu biasa tp spesel (kan ummi..hehe=) Nasi putih dan Ayam masak kicap! Masuk hari ni kira dah 2 kali masak benda yg sama..huhu.

Jam 8.10 pagi.. Pagi ni kena bertolak awal..takot trafic jam plak. Memang seperti dijangka.. sesak di Main North Rd... Afrah yg memandu mengomel: "..kan dah kata..jalan ni jam." Memangla.. semua jalan jam, orang nak pegi pejabat..", menjawab sambil membelek peta kota Adelaide dgn berhati supaya taknak sesat kali ni. huhu...

Afrah sedang tensi.. jalan sesak menuju ke Adelaide Uni.

Sampai di Adelaide Uni jam 8.45 pagi, Afrah terus masuk ke dewan taklimatnya di Mathematics Building. Afan terus bekejar ke Torrens Rd untuk interbiu dgn peguam kat Town & Country Lawyers.. Alamak!! tie takde... jam dah 8.55 pagi. Umm.. haritu macam nampak Salvos kat Arndale Centro kat area Torrens Rd jugak. Singgah jap. Alhamdulilah dah bukak. Ada plak tie ..capai 2 tie biru dan bayar. Satu tu dah terkoyak sket.. benang dia terkuar. Pak cik cashier tu kata: "Can you take another tie?". "It's ok, I take it"..jawab afan. Dia reply: "Ok, but we don't sell bad things". Dalam hati, kalau rosak nape la display gak.. mungkin tak perasan kot time susun tu...husnu zhon. Lepas berjaya dapat tie dgn harga 50cent afan teros pakai dalam keta teros sbb firm tu dekat je dari situ... 2km je kot dari Salvos ni.

Sampai2 di firm, Mdm Agatha Repasky menyambut. Lepas kenalkan diri, dia jemput duduk untuk mulakan interbiu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dia kata: I think about it, give me some time. I appreciate the fact that you needs training and experience. We will try to serve that too. Lepas tu dia mintak bagi sepatah dua kata... hehe. Harap Mdm ni terbuka hati nak amek kerja sini. Amin..

Lepas interbiu, terus balik ovingham untuk setelkan elektric dan gas. Problem sket sbb tak brp fhm nak connect tu tp dah call Truenegry. dia kata bagi dia meter number untuk connect...Nak on hotwater perlu cepat conncet elektrik/gas. Kat sini, api akan ditanggung oleh tenant dan setiap tenant ada akaun sendiri. Pastu bila pindah rumahpun akaun akan terus exist.. bagus jugak. takla menyusahkan landlord.

Jam 11.30 pagi ke Adelaide City untuk hantar surat kerja dan beli tablet Afrah. Merayau sat sekitar city cari2 pejabat untuk despatch surat mintak kerja. Alhamdulillah... Pastu terus ke Post Office Adelaide Uni. kebetulan jumpa Afrah kat Student Centre beratur nak buat Student Card. Jumpa plak few Muslim student..Abang Aizudin (PhD Mechanical Enginering, asal Johor), Samir (Degree Electronic, asal Singapore)..alhamdulillah jumpa saudara baru lagi...menambah nombor di selfonku yg xberapa byk ni..Jam dah 1230 tgh. Jom solat kat Musolla di Union House! Jumpa lagi pak arab ni..Bro Ayman, Master student in Geo Science... He still remember me ..Alhamdulillah!


Inilah Union House, pusat student untuk surf net, printing, senam kat gym, makan, beli buku termasuklah solat untuk Muslimun.

Inilah Hughes Building, kelas Psikologi Afrah, di tengah2 pusat Adelaide Uni.

Selepas solat, Afrah ada lagi taklimat untuk enrolment sampai jam 3.30 ptg. Afan plak lepak kat union house surf net then ke library. The biggest problem kat Uni ni adalah PARKING! huh..kat aud$9.00 melayang untuk parking dari jam 11-4.20 ptg. Student mmg takde pilihan kalau drive keta wajib bayar parking. Patut ramai naik bas ataupun berbasikal ke kelas. Pasti sihat Walafiat!!

Jam 4.30 solat Asar di rumah. Terus bergegas ke Cash Converters cari microwave. Dah lama cari ni. Alhamdulillah hari ni mmg rezeki. Cuba teka berapa harga Microwave kat sini? Hahhh.. $1.OO. Macam tak cayakan?? Tapi itulah hakikat. Promoter dia pun confuse. Lepas dia test, confirm masih boleh pakai. Huhu. Cumanya microwave ni tak de plate jela...takpela boleh cari kat Carboot sale atau garage sale sabtu ni. Apalagi zass bawa pulang.

Microwave National berharga $1 dollar amat menakjubkan!

Cash Converters ni macam pusat pajak gadai barang2.. macam2 ada jual termasuk kamera, selfon, brg2 elektrik, dvd, jam, mesin potong rumput, tangga, tools dll. Bagus gak buat di Malaysia sebab org bleh jual barang terpakai daripada simpan buat penoh rumah atau terbuang begitu saje. Dapat jugak duit kalau bawa ke Cash Converters ni.

Inilah Cash Converters, pusat pajak gadai barang terpakai yang wujud di bucu jalan hampir setiap surburb di Adelaide!

Sebelum balik ingat nak masak kue teow..so singgah jap kat kilburn asian grocery kat Prospect..Balik2 terus memasak...malam ini menu CHAR KUEH TEOW! Bersambung...

10 Julai 2008

Teratak pertama di Ovingham



Teratak pertama kami di Ovingham.
7 Julai 2008: Kami membayar baki lagi AUD$850 (deposit dah bayar $200) untuk bon bagi 4 minggu dan 2 minggu sewa deposit kepada Puan Frances Grilli, landlady dari Italiano. Di Australia, ada tribunal yang 'supervise' tuan rumah dan penyewa. Setiap penyewa kena bayar bond yg akan disimpan oleh tribunal ini. Tuan rumah hanya boleh keluarkan bon dgn izin penyewa. Selain tu, tribunal beri panduan pada semua tuan rumah untuk pastikan rumah selamat dan sedia disewakan.

Selepas bayar, Puan Frances minta kami lihat semua sudut rumah sebelum serah kunci kalau2 ada lagi yang rosak atau kurang dsb. So far, yang rosak pintu toilet dan pintu bedroom. Nanti dia hantar tukang kayu untuk baiki katanya. Nah! Inilah teratak pertama kami suami isteri, comel? Jemput datang ke 3/19 Torrens Road, Ovingham SA 5082 Australia. Belanja ditanggung sendiri huhu..



Pintu masuk dan living room.


Dapur kami yang kiut...


Toilet yang memanjang sampai pintu belakang.

01 Julai 2008

Movie Jaulah Ukhwah Adelaide Revisited 2008


Adelaide Revisited... kenangan Jaulah Ukhwah di bumi Australia


video

:: Nahnu Muslimun ::

 

Wafiyah

Wafiyah
I was born...
on 24.12.2008...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.1 kg..
I did my best to be born
for 29 hours~
Alhamdulillah ^_^

Sofiyah

Sofiyah
I was born...
on 16.09.2010...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.3 kg..
I did my best to be born
for 25 hours~
Alhamdulillah ^_^

Harith

Harith
I was born...
on 09.04.2012...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.5 kg..
I did my best to be born
for 19 hours~
Alhamdulillah ^_^

Baba (Safwan & Afrah) Ummi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino