31 Ogos 2008

Ramadan Kareem!


Ramadan Kareem....

Ya Ramadan, kami telah lama menantimu, kami telah bersedia menyambut hadirmu dan kini kami akan bertemu denganmu dengan rasa bangga, gembira dan ceria untuk beramal sebanyak2nya kerana bulan ini... syaitan si penyesat dibelenggu, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka terkatup dan al-Quran yang mulia diturunkan, dosa-dosa diampunkan dan malam al-Qadr akan berkunjung.

Semoga inilah Ramadan terbaik kami. Ramadan, universiti tarbiyah kali ini melahirkan kami semula menjadi fitrah, seorang hamba Rabbani , lagi kuat beramal serta suci dari sifat tercela dan lemah. Makbulkan doa2 kami...Ameen.

Selamat beramal dan bermunajat!

27 Ogos 2008

ISS offer kerja...


Alhamdulillah, rezeki Allah dimana2. Jam 800 malam Mr Angelo dari ISS Facility Services call saya. Selepas bertanya2 sikit saya asal mana, ada kereta ke tak, kemudian dia cakap "can you go to UNI SA Magill campus start time is 530 am till 830 am enter from Lorne Avenue turn right past the student accomodation then right again so you can park on your right then go to your left towards the security office , the supervisor's name is Sue Hortin." Fuhh...awal kerja kali ni. Apapun jangan terlampau memilih, apa yang dapat tu adalah rezeki.

19 Ogos 2008

Jadi 'Cleaner' Post Office Marleston


Alhamdulillah, akhirnya Allah memudahkan urusan dan memakbulkan doa-doa.. Pada jam 8.30 malam, 17 Ogos Mr George menghubungi saya mempelawa jika berminat untuk jadi 'cleaner' di pejabat pos di Marleston. Saya setuju. Besoknya 19 Ogos jam 4.30 ptg jumpa dia untuk briefing kerja.

18 Ogos 2008
Saya datang awal 5 minit dgn bas route 167 dari Currie St zass ke Galway St mencari Marleston Australia Post Delivery Centre. Mr George setuju untuk ambil saya kerja, tunjukkan secara ringkas apa tugas2 cleaner nih dan ambil details macam sijil clearance police, alamat rumah, resume dan akaun bank. dia suruh apply australian business number (ABN) untuk pengecualian cukai. antara tugas saya ialah termasuk kosongkan semua dustbin, vacuum seluruh pejabat, cuci cermin tandas, bersihkan tandas, top up tisu tandas dan bersihkan kitchen serta kaunter depan. Pengalaman baru dapat inner side dalam sebuah operasi pos. macamane posmen2 sorting berguni2 surat yang datang dan akan keluar. setiap posmen ada rak surat masing dgn alamat2 yang terperinci seperti nombor rumah, nama jalan dan nama suburb. dgn cara tu mereka dapat susun untuk posmen poskan semua surat2 tu.

Selain saya, ada seorang Sudanese, nama dia Winnie yang membantu kerja2 cleaner ni. 6 tahun lepas sampai dari Sudan dan kini tinggal bersama kakaknya. kini, study part time dalam Diploma in Business di TAFE SA City Campus. Bagus juga ada kawan, harap boleh improve English saya yg slow ni huhu...

19 Ogos 2008
Hari kedua bekerja. hari ni saya datang awal jam 3ptg dah sampai sbb nak solat siap2. Asar masuk jam 3.23ptg. Saya pinjam kompas Uni Afrah untuk guide kiblat di office ni dan mula solat di bilik persalinan posmen. semua posmen balik awal...

So, 3.30 ptg teruzzz kerja je. Saya buat semua kerja berseorangan hari ni... lepas kosongkan semua dustbin, bersihkan tandas, top up tisu, bersihkan kitchen, cuci cermin dan mula vacuum seluruh pejabat. Masa tengah buang2 sampah tu, saya keluar ke smoking area di sebelah kitchen. nak jadi cerita, saya terkunci dari dalam...hehe. ini sebab manager tu tak bagitaupun pintu ni kena sendal sebelum keluar. dkt 1/2 jam habis masa kat luar tu. saya menunggu, harap ada yang nampak saya. malang sekali, orang pejabat ni mmg workaholic sampai takdak yg ke kitchen minum air ke... kredit saya plak dah abih..nak buat apa ek..atau nak tunggu je winnie..(masa tu tak tau dia tak datang).. so, saya ijtihad untuk panjat je pintu luar sbb masa dah makin suntuk dan kerja plak banyak lagi yang blom beres. Huhhh insaf betol!

Kemudian, kerja2 akhir ialah mop lantai toilet... sebelum solat Maghrib. Alhamdulillah, selesai tugasan hari ni.. bersambung...



:: Nahnu Muslimun ::

 

Wafiyah

Wafiyah
I was born...
on 24.12.2008...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.1 kg..
I did my best to be born
for 29 hours~
Alhamdulillah ^_^

Sofiyah

Sofiyah
I was born...
on 16.09.2010...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.3 kg..
I did my best to be born
for 25 hours~
Alhamdulillah ^_^

Harith

Harith
I was born...
on 09.04.2012...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.5 kg..
I did my best to be born
for 19 hours~
Alhamdulillah ^_^

Baba (Safwan & Afrah) Ummi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino