25 Disember 2008

Its a baby girl!


Alhamdulillah, baby girl yg sihat dan comel anugerah Allah Azza Wajalla.
Assalamualaikum semua..
1. Alhamdulillah summa alhamdulillah Ya Rabb. Tanggal 24 Disember 2008, tepat jam 12.38 tgh dunia ini ceria.Alam ini gembira. Seorang lagi insan mulia lahir menyinggah bersama2 kita ke destinasi keduanya mencari makna hamba sebelum kembali kepada-Nya. Setelah mengharung 27 jam contractions di 'labour room',akhirnya selamat kedua2 afrah dan baby melalui vaginal delivery. Alhamdulillah!
2.Sungguh mendebarkan, bermakna dan memenatkan saat sebelum kelahiran ditambah kami tidak tahu baby itu laki atau perempuan kerana sikit 'misunderstanding' dgn midwife masa buat utrasound jun yg lalu.
3.Terima kasih yg tak terhingga kepada insan2 yg sentiasa bersama dalam saat penting ini. baba, ummi, mok su, mok ngoh, antie, mokcek, pokngoh, loh, asiah dan ijah. yang tolong amek2 gambar,memasak, memandu, mengemas rumah, membeli barang2 makan, menggembirakan hati2 yang gelisah dan yg banyak menyokong saat kami saat memerlukan. Juga pada semua yg mendoakan dari kejauhan. Hanya Allah selayak2nya yang akan membalas kebaikan anda semua.
4.Sehingga hari ni,nama baby belum diputuskan. kalau ada cadangan boleh gak bagitau hehe. Pengalaman menyambut baby pertama ini sangat bermakna dan penuh dramatik. Perlu banyak sabar, tawakal, motivasi dan doa2 yang tiada bertepi kepada Allah mengharap yang terbaik untuk segalanya. Syukur Alhamdulillah!
5.Dengan kelahiran ini, segalanya perlu dikongsi, emosi hati dan jasmani dikawal rapi dan bekerja keras untuk kebahagian hakiki menjadi tugas kami. Semoga dipermudahkan Allah.
6.Untuk babyku,semoga Allah memberkati kelahiranmu, memuliakanmu, mengurniakan rezeki yg baik bagimu, menjadikan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai tugas utamamu, mencari ilmu tuhanmu sebagai kerajinanmu, meneguhkan iman seperti iman para anbiya'mu dan menjadikan engkau pemimpin di masa besarmu, serta kekal sebagai mujahidah solehah amilin dan syuhada' sebagai perjuanganmu. Amin Ya Rabb.


Hai ,baby ngantuk ye... take ur rest. penat berjuang dgn ummi ye.


New family: Tahniah my love, ur fantastic mum!


:: Nahnu Muslimun ::

 

Wafiyah

Wafiyah
I was born...
on 24.12.2008...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.1 kg..
I did my best to be born
for 29 hours~
Alhamdulillah ^_^

Sofiyah

Sofiyah
I was born...
on 16.09.2010...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.3 kg..
I did my best to be born
for 25 hours~
Alhamdulillah ^_^

Harith

Harith
I was born...
on 09.04.2012...
at Women's & Children's Hospital,
in North Adelaide, South Australia..

I was 3.5 kg..
I did my best to be born
for 19 hours~
Alhamdulillah ^_^

Baba (Safwan & Afrah) Ummi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino