25 Disember 2008
Its a baby girl!
30 November 2008
Menghitung saat bergelar ayah dan ibu
Jom kita doa sama-sama...
"Ya Allah, berilah aku dari sisimu seorang anak yang baik, Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa." Ali Imran 38
"Ya Allah Ya tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan jadikanlah di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." Al-Baqarah 128
"Ya tuhan kami, anugerahkanlah kami dan keturunan kami penyenang hati untuk kami dan jadikanlah kami imam bagi orang bertaqwa." Furqan 74
"Ya tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya tuhan kami perkenankanlah doa kami." Ibrahim 40
01 Oktober 2008
30 September 2008
Eid Mubarak!
Kami ingin ambil kesempatan ini mengucapkan:
Maksudnya: Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian semua.
Safwan & Afrah Sekeluarga
Ovingham, South Australia
31 Ogos 2008
Ramadan Kareem!
Ya Ramadan, kami telah lama menantimu, kami telah bersedia menyambut hadirmu dan kini kami akan bertemu denganmu dengan rasa bangga, gembira dan ceria untuk beramal sebanyak2nya kerana bulan ini... syaitan si penyesat dibelenggu, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka terkatup dan al-Quran yang mulia diturunkan, dosa-dosa diampunkan dan malam al-Qadr akan berkunjung.
Semoga inilah Ramadan terbaik kami. Ramadan, universiti tarbiyah kali ini melahirkan kami semula menjadi fitrah, seorang hamba Rabbani , lagi kuat beramal serta suci dari sifat tercela dan lemah. Makbulkan doa2 kami...Ameen.
Selamat beramal dan bermunajat!
27 Ogos 2008
ISS offer kerja...
19 Ogos 2008
Jadi 'Cleaner' Post Office Marleston
18 Ogos 2008
Saya datang awal 5 minit dgn bas route 167 dari Currie St zass ke Galway St mencari Marleston Australia Post Delivery Centre. Mr George setuju untuk ambil saya kerja, tunjukkan secara ringkas apa tugas2 cleaner nih dan ambil details macam sijil clearance police, alamat rumah, resume dan akaun bank. dia suruh apply australian business number (ABN) untuk pengecualian cukai. antara tugas saya ialah termasuk kosongkan semua dustbin, vacuum seluruh pejabat, cuci cermin tandas, bersihkan tandas, top up tisu tandas dan bersihkan kitchen serta kaunter depan. Pengalaman baru dapat inner side dalam sebuah operasi pos. macamane posmen2 sorting berguni2 surat yang datang dan akan keluar. setiap posmen ada rak surat masing dgn alamat2 yang terperinci seperti nombor rumah, nama jalan dan nama suburb. dgn cara tu mereka dapat susun untuk posmen poskan semua surat2 tu.
Selain saya, ada seorang Sudanese, nama dia Winnie yang membantu kerja2 cleaner ni. 6 tahun lepas sampai dari Sudan dan kini tinggal bersama kakaknya. kini, study part time dalam Diploma in Business di TAFE SA City Campus. Bagus juga ada kawan, harap boleh improve English saya yg slow ni huhu...
19 Ogos 2008
Hari kedua bekerja. hari ni saya datang awal jam 3ptg dah sampai sbb nak solat siap2. Asar masuk jam 3.23ptg. Saya pinjam kompas Uni Afrah untuk guide kiblat di office ni dan mula solat di bilik persalinan posmen. semua posmen balik awal...
So, 3.30 ptg teruzzz kerja je. Saya buat semua kerja berseorangan hari ni... lepas kosongkan semua dustbin, bersihkan tandas, top up tisu, bersihkan kitchen, cuci cermin dan mula vacuum seluruh pejabat. Masa tengah buang2 sampah tu, saya keluar ke smoking area di sebelah kitchen. nak jadi cerita, saya terkunci dari dalam...hehe. ini sebab manager tu tak bagitaupun pintu ni kena sendal sebelum keluar. dkt 1/2 jam habis masa kat luar tu. saya menunggu, harap ada yang nampak saya. malang sekali, orang pejabat ni mmg workaholic sampai takdak yg ke kitchen minum air ke... kredit saya plak dah abih..nak buat apa ek..atau nak tunggu je winnie..(masa tu tak tau dia tak datang).. so, saya ijtihad untuk panjat je pintu luar sbb masa dah makin suntuk dan kerja plak banyak lagi yang blom beres. Huhhh insaf betol!
Kemudian, kerja2 akhir ialah mop lantai toilet... sebelum solat Maghrib. Alhamdulillah, selesai tugasan hari ni.. bersambung...
15 Julai 2008
Hari ini hari sibuk
Jam 8.10 pagi.. Pagi ni kena bertolak awal..takot trafic jam plak. Memang seperti dijangka.. sesak di Main North Rd... Afrah yg memandu mengomel: "..kan dah kata..jalan ni jam." Memangla.. semua jalan jam, orang nak pegi pejabat..", menjawab sambil membelek peta kota Adelaide dgn berhati supaya taknak sesat kali ni. huhu...
Afrah sedang tensi.. jalan sesak menuju ke Adelaide Uni.
Sampai di Adelaide Uni jam 8.45 pagi, Afrah terus masuk ke dewan taklimatnya di Mathematics Building. Afan terus bekejar ke Torrens Rd untuk interbiu dgn peguam kat Town & Country Lawyers.. Alamak!! tie takde... jam dah 8.55 pagi. Umm.. haritu macam nampak Salvos kat Arndale Centro kat area Torrens Rd jugak. Singgah jap. Alhamdulilah dah bukak. Ada plak tie ..capai 2 tie biru dan bayar. Satu tu dah terkoyak sket.. benang dia terkuar. Pak cik cashier tu kata: "Can you take another tie?". "It's ok, I take it"..jawab afan. Dia reply: "Ok, but we don't sell bad things". Dalam hati, kalau rosak nape la display gak.. mungkin tak perasan kot time susun tu...husnu zhon. Lepas berjaya dapat tie dgn harga 50cent afan teros pakai dalam keta teros sbb firm tu dekat je dari situ... 2km je kot dari Salvos ni.
Lepas interbiu, terus balik ovingham untuk setelkan elektric dan gas. Problem sket sbb tak brp fhm nak connect tu tp dah call Truenegry. dia kata bagi dia meter number untuk connect...Nak on hotwater perlu cepat conncet elektrik/gas. Kat sini, api akan ditanggung oleh tenant dan setiap tenant ada akaun sendiri. Pastu bila pindah rumahpun akaun akan terus exist.. bagus jugak. takla menyusahkan landlord.
Jam 11.30 pagi ke Adelaide City untuk hantar surat kerja dan beli tablet Afrah. Merayau sat sekitar city cari2 pejabat untuk despatch surat mintak kerja. Alhamdulillah... Pastu terus ke Post Office Adelaide Uni. kebetulan jumpa Afrah kat Student Centre beratur nak buat Student Card. Jumpa plak few Muslim student..Abang Aizudin (PhD Mechanical Enginering, asal Johor), Samir (Degree Electronic, asal Singapore)..alhamdulillah jumpa saudara baru lagi...menambah nombor di selfonku yg xberapa byk ni..Jam dah 1230 tgh. Jom solat kat Musolla di Union House! Jumpa lagi pak arab ni..Bro Ayman, Master student in Geo Science... He still remember me ..Alhamdulillah!
Inilah Union House, pusat student untuk surf net, printing, senam kat gym, makan, beli buku termasuklah solat untuk Muslimun.
Inilah Hughes Building, kelas Psikologi Afrah, di tengah2 pusat Adelaide Uni.
Jam 4.30 solat Asar di rumah. Terus bergegas ke Cash Converters cari microwave. Dah lama cari ni. Alhamdulillah hari ni mmg rezeki. Cuba teka berapa harga Microwave kat sini? Hahhh.. $1.OO. Macam tak cayakan?? Tapi itulah hakikat. Promoter dia pun confuse. Lepas dia test, confirm masih boleh pakai. Huhu. Cumanya microwave ni tak de plate jela...takpela boleh cari kat Carboot sale atau garage sale sabtu ni. Apalagi zass bawa pulang.

Microwave National berharga $1 dollar amat menakjubkan!
Cash Converters ni macam pusat pajak gadai barang2.. macam2 ada jual termasuk kamera, selfon, brg2 elektrik, dvd, jam, mesin potong rumput, tangga, tools dll. Bagus gak buat di Malaysia sebab org bleh jual barang terpakai daripada simpan buat penoh rumah atau terbuang begitu saje. Dapat jugak duit kalau bawa ke Cash Converters ni.
Inilah Cash Converters, pusat pajak gadai barang terpakai yang wujud di bucu jalan hampir setiap surburb di Adelaide!
Sebelum balik ingat nak masak kue teow..so singgah jap kat kilburn asian grocery kat Prospect..Balik2 terus memasak...malam ini menu CHAR KUEH TEOW! Bersambung...
10 Julai 2008
Teratak pertama di Ovingham

Selepas bayar, Puan Frances minta kami lihat semua sudut rumah sebelum serah kunci kalau2 ada lagi yang rosak atau kurang dsb. So far, yang rosak pintu toilet dan pintu bedroom. Nanti dia hantar tukang kayu untuk baiki katanya. Nah! Inilah teratak pertama kami suami isteri, comel? Jemput datang ke 3/19 Torrens Road, Ovingham SA 5082 Australia. Belanja ditanggung sendiri huhu..

Pintu masuk dan living room.
01 Julai 2008
29 Januari 2008
.: Pictures Tell a Thousand Stories :.
(they are my friends from jaiputra..they made these clothes specially for the occasion! so sweet... alhamdulillah, diorang dtg tolong, days before the actual ceremony...ade 2 org lg, tp xde dlm gmbr=)
16 Januari 2008
Selamat Pengantin baru...
"Waalaikumus salam waroh matullah akhi safwan, barokallahu laka wa baroka ’alaik wa jam’a baynakuma fi khair."–Dato Safaruddin Sidek
"Moga majlis brjalan lancar. Moga antum & family gembira barakallahulakumaJ Afwan xdpt ke kelantan."-Akob
"Ana doakan kebahagian anta hingga ke anak cucu."- Shazali
"Tahniah. Selalulah ingat bahawa akhi mengambil anaknya dari org tua yang telah memberi kasih sayang dengan nama Allah swt. Jadi sayangilah isteri sepertimana ayah dan bonda mengasihinya. Jadilah anda suami yang dia yakinakan menjadi teman setia hingga menuju akhirat. Dan selalulah menjadi pendengar yg baik dan ubati kesedihannya dgnguraun yang membuatnya selalu tertwa. Itulah rahsianya kebahagiaan rumahtangga"-smhi
"Mabruk. Smoga perkahwinan yg dirahmati n diberkatinya"-Sany Ihsan
"Tahniah, tahniah..mabruk mabruk...walaupun safwan merahsiakan daripada kami selama ni...cheist, cheis... ingatkan akhwat kelantan mana anta dapat...rupanya kelantan melawati, dah la junior al-amin plak tu...tahniah tahniah pada antuma berdua...
nanti lepas kawen boleh la pinjamkan buku-buku i'dad bayt muslim anta atau wakafkan terus pada baytul fareed...
boleh la jadi rujukan buat junior-junior macam ana ni, hehehe..."-Ajil
“mabruk mabruk mabruk!!! (seronoknye ana baca nama afrah! ^_^) walimah versi putrajaya ada? atau yg versi dekat sket dengan delangor ^_^”-mj
“Salam. Tahniah akh safwan.
“Baarakallahu lakuma, wa baaraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair”-Abdullah Mujahid
”Tahniah ats pnikahan nta n ukht afrah nnt. Mga bahagia dunia akhrt”- Ili Raihana, UIA Kuantan
”Mabruk akhi. semoga Allah memberkati pernikahan di atas jalan dakwah ini.keep in touch. p/s: ahlan wasahlan buat ikhwah yg bakal menyusul, boleh buat husband circle.” - fadhli & maryam j
”Alhamdulillah. ... :) Tahniah Safwan. ana aminkan doa yg di bawah.. p/s: afwan mungkin xdpt pergi, uia ada daurah pd hari tu.Nak 'pimpin' ahli usrah.. iAllah kalau ada versi Putrajaya (dengar citer bulan 5 nanti,hehe) ana hadirkan diri bersama Solahuddin sekali eh"- Akob"
"Mabruk safwan!Dah setel juga akhirnya kawan kita sorang nih.Walaupun ana sedikit keciwa sebab enta tak menyempat-nyempat sampai tak tunggu ana nak walimah sekali. (' ' ,) ehhehee.. Ana xdpt nak datang sebab berada jauh dalam hutan. Doa ana sentiasa bersama antuma berdua. Wassalam." – Mkhair
“Tahniah buat akhi safwan..kami tak dapat hadir dan doa sahaja yang dapat dikirim..:The husband should, at the time of consummating the marriage with his wife or before that, place his hand on the front part of her head, mention the name of Allah Most High, and pray for Allah's blessings. As in the statement of the Prophet : "When any of you marries a woman ... he should hold her forelock, mention Allah Most High, and pray for His blessings saying: "O Allaah, I ask You for the good in her and the good with which You have created her, and I seek refuge in You from the evil in her and the evil with which You have created her..." (Abu Daud and others narrators..Al- Bukhari in Af'aalul-'Ibaad, Abu Daud, Ibn Majah, al-Hakim, al-Baihaqy and Abu Ya'la with hasan isnaad)- Nik Abduh
"Alf mabruk .....Baarakallahu lakuma wa jama’a bainakuma fi kulli khair insyaAllah..p/s:Oh.. majlis tu kat Melor...Melor tu takdela jauh sangat...3 hari lps pun ada singgah kat kg kulim tu...tp, tak dptla nk hadir kenduri 10 muharram nanti,sbb masa tu tak ada kat kelantan..kena merantau semula...
btw...Tahniah dan selamat pengantin baru juga diucapkan pd semua.ikhwah/akhawat yg baru dan bakal melangsungkan perkahwinan.."-Sobariah
”Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah kpd akh safwan dan ukht afrah. InsyaAllah, semoga diberkati dan bahagia dunia & akhirat. Semoga dengan gandingan kalian dapat menyedarkan hati2 yang masih lena & lalai."-samsiah mohd salleh
"salam..tahniah utk adik Safwan n Ukht Afrah.moga berjalan lancar..dan majlis diberkati Allah..I/allah. .Selamat Pengantin Baru in advance..moga kekal selamanya.."- Naurah Albarra
"salam..mabruk utk akhi safwan dan ukhti afrah..ukhti afrah pnah bersama2 ana dalam karisma kelantan suatu ketika dulu... kalau ada rezeki...nak jugak ke pantai timur...- "B+@+i+e+L"
"Alhamdulillah ya akhi Safwan graduan MISI. Didoakan mendapat barakah Allah senantiasa."- Mohammad Fauzan bin Md Ibrahim
Mabruk ya akhi wa ukhti! Mg Allah berkati pernikahan antum sehingga ke syurga kelak, insyaALLAH.. Mg pernikahan ini bisa melonjakkan gerak kerja dakwah antum dimuka bumi ini, walau dimana jua.. Afwan, tidak dpt hadir ke majlis antum kerana ada retreat ibu pejabat JIM pd tarikh yg sama. -juwairiya zulkifli
“Salam. barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair. (tak sangka kawan main-main ana di kelantan musim cuti semester jadi zaujah anta). syukran kerana menjemput. jika tiada halangan ana tiba... kawasan permainan ana tu. yang pasti tak sampai bukan kerana sesat. insya Allah ana kirimkan wakil. mudah-mudahan rumahtangga yang dibina adalah tapak untuk maju ke tangga maratib paling atas, ustaziyatul 'alam. Salam..”-Inqilaab
“Untuk ikhwah akhawat yg bakal mendirikan rumahtangga may-june nih...Ya Allah...Bekalkan mereka dengan kasih-sayang sejati, perasaan belas kasihan yang hakiki, tekad usaha yang tidak mengenal penat, tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah, Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi, Ketaatan pada orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka dan yang terpenting, keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar Semoga akan terus melengkapkan iman mereka melalui perkahwinan mereka.
Kurniakan kepada mereka sifat saling kukuh-mengukuh Seperti berlakunya antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Kerana sesungguhnya mereka akan melalui perjalanan yang tidak lekang dari diuji.
Kurnia kepada si isteri kesetiaan kepada suaminya. Sebagaimana kesetiaan Zainab binti Muhammad s.a.w. Pengabdian kepada Allah S.W.T. Sebagaimana pengabdiaan Rabiah Al-Adawiyyah. Dan iltizam untuk menjadi isteri serta ibu yang solehah. Sebagaimana yang ada pada Sumayyah binti Khubbath.
Kurniakan jua pada si suami. Kebijaksanaan membimbing isterinya ke ambang syurga. Dan semoga sabar dengan apa pun yang menduganya. Sebagaimana Nabi Allah Ayyub bersabar dengan ujian. terhadap imannya, kesihatannya dan keluarganya.
Selamat Pengantin Baru...May Allah's Love and Mercy be with us...Amin”- From all of us: ikhwah akhawat Karisma Pahang
15 Januari 2008
Majlis Pemasyhuran Pernikahan


Majlis Pemasyhuran Pernikahan
al-Ukht Wan Afrah Wan Ahmad Nizar
&
al-Akh Mohd Safwan Saparudin
pada
19hb Januari 2008 /10 Muharram 1429 (Sabtu)
bertempat di
PT 531, Jalan Hutan Kulim, belakang Masjid Melor, MELOR,
16400 Kota Bharu KELANTAN
dengan izin Allah Azza Wajalla, Insya Allah
Tentatif Program
Jam10.00 pagi Majlis Akad Nikah/Tayangan Video Montaj Saatnya untuk Menikah
Jam 12.00 tgh - 5.00ptg Jamuan
Doa dan kehadiran antum agar menghadirkan Barakah pada majlis ini. Ameen Ya Rabb.
013 228 2718 (Afrah)
019 231 9633 (Safwan)
(Peta dilampirkan)
Cukuplah bagi kami, antum mendoakan kami:
Bismillahir rahmanir rahim
Alhamdulillah robbil alamin hamdan hamidin hamdan syakirin hamdan sobirin hamdan yuwafi ni' amahu wayukafi mazidah
Allahumma Solli ala Saiyyidina Wanabiyyina Muhammad s.a.w
Ya Allah makmurkanlah rumah-rumah kami, janganlah engkau musnahkan kami dengan sebab keburukan perbuatan kami dan janganlah engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata.
Ya Allah Ya tuhan Kami, kami memohon kepada Mu agar diberkati kedua pasangan ini dengan penuh keberkatanMu yang Maha Luas. Satukanlah hati-hati kedua mempelai ini dengan rasa kasih sayang dan cinta yang berterusan, kemurahan dan kelapangan rezeki yang halal, serta zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menggembirakan mereka dengan keturunan yang beriman. Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah mereka dari rasa sedih dan dukacita, kesempitan rezeki dan kesusahan. Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah yang mempunyai limpahan nikmat yang tidak habis-habis yang engkau limpahkan kepada semua hamba-hambaMu.
Ya Allah kurniakanlah kepada mempelai ini dengan limpahan taufik dan hidayah yang dengannya mereka berdua dapat mengharungi lautan kehidupan berumahtangga di atas petunjuk Mu dan bimbingan Nabi Mu Muhammad s.a.w, teguh dan kuat dalam menjaga syariat Mu, serta sabar dan istiqomah di atas landasan kebenaran dan keteguhan iman.
Ya Allah Sesungguhnya tidak turun bala melainkan dengan sebab dosa, dan tidak disingkap dosa melainkan dengan taubat. Inilah tangan-tangan kami yang penuh dosa menghulur memohon keampunanMu dan ubun-ubun kami tunduk bertaubat maka hindarkanlah dari kami segala bala kerana tiada siapa yang dapat menghilangkannya melainkan Engkau.
Ya Allah Perbaikilah kesudahan perkara kami seluruhnya dan selamatkanlah kami daripada malu di dunia dan azab di akhirat
Ya Allah ampunilah kami, ibu bapa kami, guru-guru kami orang-rang yang berbuat baik kepada kami, oran g yang punya hak atas kami dan sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat.
Ya Allah persatukanlah hati-hati kami, tunjukilah kami jalan yang selamat, selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan jauhkanlah kami dari kekejian zahir dan batin dan berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, pasangan hidup kami dan zuriat kami dan terimalah taubat kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatMu, memuji dan menerimanya dan sempurnakanlah dia buat kami.
Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wa qina azab annar.










